DBKL ambil tindakan warga asing menjaja tepi jalan, kaki lima

Anggota penguat kuasa DBKL bertindak menyita bakul sayuran dan buah-buahan milik penjaja asing di luar Pasar Borong Kuala Lumpur pada Selasa.
Anggota penguat kuasa DBKL bertindak menyita bakul sayuran dan buah-buahan milik penjaja asing di luar Pasar Borong Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Warga asing yang menjaja di tepi jalan dan kaki lima premis di luar Pasar Borong Kuala Lumpur dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Berbakul sayuran dan buah-buahan milik penjaja warga asing itu dirampas menerusi tindakan khas di lokasi berkenaan.

DBKL memaklumkan, pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan ke atas premis dikendalikan warga asing di sekitar Jalan Batu View, Jalan 1/3A serta sekitar luar Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Sebanyak empat sitaan dan pindah barangan terhadap aktiviti penjajaan tanpa lesen oleh warga negara asing yang menjaja di lokasi berkenaan dilakukan.

"DBKL juga telah mengeluarkan tiga notis di bawah kaedah 44 iaitu kesalahan meletakkan kenderaan di kaki lima dan kaedah 16 (1) iaitu kesalahan kenderaan menyebabkan halangan tidak berpatutan," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Bakul sayuran dan buah-buahan yang disita DBKL menerusi tindakan khas terhadap penjaja asing di luar Pasar Borong Kuala Lumpur pada Selasa.
Bakul sayuran dan buah-buahan yang disita DBKL menerusi tindakan khas terhadap penjaja asing di luar Pasar Borong Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi kenyataan itu, DBKL berkata, kesemua barangan dan peralatan perniagaan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk rekod dan simpanan sementara.