Program MTDC Road2Growth 2023

A
A
A
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Mohammad Hazani Hassan (tengah) melawat pameran pada program MTDC Road2Growth 2023 (R2G) Wilayah Utara.

Program MTDC Road2Growth 2023 merupakan program tahunan dengan objektif untuk memberi penerangan dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MTDC iaitu program latihan usahawan teknologi di MTDC Technopreneur Training Academy (TENTRA), ruang operasi di pusat teknologi MTDC serta pelbagai khidmat tambah nilai dan nasihat perniagaan.

Program R2G yang dibuka secara percuma ini adalah platform terbaik untuk mencari peluang perniagaan dan menjalin kerjasama baru dengan berbagai pihak iaitu pemain industri, universiti, institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan atau swasta yang memerlukan bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi, terutama berkaitan Revolusi Industri 4.0 dalam perniagaan mereka.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel