Brian May dianugerah gelaran kesatria oleh Raja Charles III

May berkongsi imej penganugerahan itu di Instagramnya.
May berkongsi imej penganugerahan itu di Instagramnya.
A
A
A

LONDON - Raja Charles III menganugerahkan gelaran kesatria kepada Brian May, pengasas bersama kumpulan rock Queen, di Istana Buckingham pada Selasa, menjadikannya ahli pertama kumpulan rock legenda itu menerima penghormatan berkenaan, menurut United Press International (UPI).

Dengan anugerah itu, May kini bergelar Sir Brian May.

May berkongsi imej penganugerahan itu di Instagramnya, lapor UPI.

May melawat Istana Buckingham pada tahun 2002 sempena jubli emas Ratu Elizabeth dan membuat persembahan lagu God Save the Queen di atas bumbung Istana.

Pada tahun 2005 beliau dianugerah Commander of the Order of the British Empire.

Legenda muzik rock British itu juga merupakan seorang ahli astrofizik dan penyokong hak asasi haiwan dengan mengetuai kempen untuk menamatkan pemburuan musang dan pemusnahan luak melalui organisasinya Save Me. - Bernama-UPI