Jom Ziarah Gereja: Tidak ada belia Islam terlibat

Hannah
Hannah
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan Projek Artikel 11 Jom Ziarah Gereja yang dikendalikan syarikat Impact Integrated Berhad tidak melibatkan belia Islam.

Ahli Parlimen Segambut itu turut menyangkal program berkenaan adalah usaha untuk menjadikan semua agama setaraf sebagaimana dakwaan segelintir pihak.

“Projek Artikel 11 Jom Ziarah yang diusahakan oleh Impact di bawah KBS (Kementerian Belia dan Sukan) bukan untuk menyamaratakan kedudukan mana-mana agama, bukan juga projek yang berniat beri gambaran semua agama adalah sama sebagaimana dakwaan dan anggapan sesetengah pihak.

“Jom Ziarah adalah usaha untuk mengenali perbezaan agama yang ada dalam kalangan kita. Ia usaha kita melihat untuk membezakan dan supaya dengan cara itu masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa boleh hidup rukun damai, lebih harmoni dan lebih tolerasi.