MBPJ diiktiraf PBT terbaik Malaysia

Mohamad Azhan (tiga dari kiri) mewakili MBPJ memerima Anugerah SPB-PBT yang disampaikan Kor Ming pada Majlis Konvensyen PBT 2023.
Mohamad Azhan (tiga dari kiri) mewakili MBPJ memerima Anugerah SPB-PBT yang disampaikan Kor Ming pada Majlis Konvensyen PBT 2023.
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dinobatkan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik Malaysia bagi Sistem Penarafan Bintang (SPB-PBT) 2022.

Anugerah diterima sempena Majlis Konvensyen PBT 2023 anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak pada 11 dan 12 Mac lalu.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, daripada 155 PBT di Malaysia, MBPJ mengekalkan penarafan 5 bintang tersebut dengan markah tertinggi 98.32 peratus.

"MPBPJ turut memperoleh penilaian tertinggi bagi tiga kriteria melibatkan perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan penduduk serta pandangan penduduk," kata kenyataan itu. pada Isnin.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir telah mewakili MBPJ menerima anugerah tersebut yang disampaikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Bertemakan 'Perbandaran Madani, Negara Sejahtera', konvensyen tersebut dihadiri hampir 2, 000 peserta terdiri daripada datuk bandar, Yang Dipertua (YDP) PBT, setiausaha serta pegawai PBT seluruh Malaysia.

Konvensyen tersebut merupakan platform terbaik bagi memberi peluang kepada semua peserta berkongsi pengalaman, berbincang untuk mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif serta kreatif secara holistik dalam menangani isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT.

Piha berkuasa itu turut memaklumkan, MBPJ diberi penghormatan menyertai pameran dan membuat pembentangan khas berhubung pelaksanaan Blueprint Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient (PJSSR) 2030: A New Paradigm.

Pembentangan telah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Sharipah Marhaini Syed Ali.