Ahli Bersatu sebulat suara mahu Muhyiddin kekal

Muhyiddin pada Perhimpunan Agung tahunan Armada kali yang ke-5 di Kuala Lumpur pada sabtu.
Muhyiddin pada Perhimpunan Agung tahunan Armada kali yang ke-5 di Kuala Lumpur pada sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden parti itu.

Bagaimanapun jelas bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, ketetapan itu akan dibincangkan dalam dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti pada petang Sabtu.

"Setakat ini kita sebulat suara menyatakan bahawa kita hendak supaya Tan Sri Muhyiddin kekal sebagai Presiden.

"Saya kena sebut juga bahawa kedudukan beliau berbeza dengan saya yang mana beliau dipilih oleh ahli-ahli.

"Sedangkan saya dilantik, jadi apabila dilantik adalah menjadi tanggungjawab untuk saya melepaskan tanggungjawab tersebut (sebagai Ketua Penerangan Bersatu)," katanya ketika ditemui media sebaik selesai Perhimpunan Agung Tahunan Armada di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Muhyiddin; Ketua Penerangan, Datuk Razali Idris dan beberapa pimpinan tertinggi lain.

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam sidang akhbarnya tengah hari tadi memaklumkan, Majlis Pimpinan Tertinggi parti akan bermesyuarat pada petang Sabtu bagi membincangkan kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden.

Jelas Wan Ahmad Fayhsal, mesyuarat itu dijangka berlangsung pada jam 6.30 petang di Taman Melewar.