Warga emas maut dilanggar pacuan empat roda

Motosikal ditunggang mangsa dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Paya 1, Kampung Paya pada pagi Sabtu.
Motosikal ditunggang mangsa dilanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Paya 1, Kampung Paya pada pagi Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Paya 1, Kampung Paya di sini pada pagi Sabtu

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa Nadarajan Ramasamy, 63, dipercayai menunggang motosikal seorang diri.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di jalan utama Kampung Paya sebelum kenderaan pacuan empat roda tersebut dipercayai tiba-tiba keluar dari arah Jalan Paya 1/2 dan melanggar mangsa.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

"Mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat, manakala pemandu pacuan empat roda berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu

Menurut Bahrin lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.