X

Kindly register in order to view this article
!

Empat saksi tampil beri keterangan hari keempat

A
A

PUTRAJAYA - Pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang memasuki hari keempat hari ini, bakal mendengar keterangan daripada empat saksi.

Prosiding hari ini dimulakan dengan saksi ke-11, Asisten Superintendan Junaidi Md Saad yang kini Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah memberi keterangan.

Berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri di sini yang bermula pada Rabu lepas, menyaksikan seramai 10 orang tampil memberi keterangan di hadapan tujuh panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria selaku pengerusi.

Diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lepas, RCI itu antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian.

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 147 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.- Bernama