Tuan Ibrahim dakwa kes Muhyiddin pertuduhan terpilih

Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Himpunan solidariti di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis, bertujuan bagi menuntut keadilan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat kepada pertuduhan terpilih bagi melindungi dan memihak satu isu yang besar berlaku dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).

"Isu itu membabitkan UMNO berhubung isu percanggahan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Ini sebahagian usaha untuk tutup bagi melarikan isu sebenar," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada 4 Mac lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima RoS.

Ahmad Zahid berkata, UMNO telah menerima surat bertarikh 3 Mac 2023 daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU.

Susulan itu, keputusan terbabit yang meluluskan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti didakwa melibatkan campur tangan politik.

Beberapa pandangan ahli politik mendakwa ia telah mencalarkan kredibiliti kepimpinan kerajaan yang diterajui Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN:Laungan ‘Hidup Tan Sri' sambut Muhyiddin di SPRM

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin akan didakwa esok

ARTIKEL BERKAITAN:Tuan Ibrahim dakwa kes Muhyiddin pertuduhan terpilih

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat - Azmin Ali

ARTIKEL BERKAITAN:Penyokong Muhyiddin berkumpul depan pejabat SPRM

ARTIKEL BERKAITAN:Hanya petugas media, penyokong Muhyiddin masih belum kelihatan

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin ke SPRM esok