Dinesvaran mula tunjuk impak di AS

Dinesvaran mewakil kelab Chicago Hounds bersaing dalam MLR di AS sejak Januari lalu. Foto Agensi.
Dinesvaran mewakil kelab Chicago Hounds bersaing dalam MLR di AS sejak Januari lalu. Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN ragbi negara, K. Dinesvaran tidak menunggu lama untuk mencipta nama di bumi Amerika Syarikat (AS), selepas disenarai dalam skuad terbaik mingguan saingan Major League Rugby (MLR) 2023.

Dinesvaran bersama rakan sepasukannya di kelab Chicago Hounds, Charlie Abel antara 15 pemain yang disenarai dalam skuad terbaik aksi minggu ketiga, lapor majorleague.rugby pada Rabu.

Pemain berusia 35 tahun yang terkenal dengan panggilan Duke itu menjadi pemain ragbi negara pertama beraksi di AS.

Dinesvaran menandatangani kontrak bersama Chicago Hounds untuk berhijrah ke negara itu pada Januari lepas.

Sebelum itu dia beraksi di Jepun hampir 10 tahun, masing-masing mewakili Yamaha Jubilo dan Hino Red Dolphins dari 2013 sehingga 2022.

Dinesvaran turut membantu Putrajaya merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Piala Agong, Disember lepas.

Daripada keseluruhan 12 pasukan, Chicago Hounds kini di tangga kelima MLR dengan mengumpul satu mata selepas mengalami kekalahan dalam dua aksi pertama. - Bernama