Hotel emas pertama Hanoi untuk dijual

Hampir semua reka bentuk luaran dan perabot dalaman hotel itu disaluti emas 24k. Foto Vietnamnet
Hampir semua reka bentuk luaran dan perabot dalaman hotel itu disaluti emas 24k. Foto Vietnamnet
A
A
A

HANOI - Hotel Dolce by Wyndham Hanoi Golden Lake dilelong dengan harga bermula AS$250 juta.

Pemilik hotel berkenaan, Nguyen Huu Duong mengesahkan penjualan itu dengan akhbar tempatan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Duong mendakwa hartanah itu dijual ekoran syarikatnya kekurangan pembiayaan untuk pampasan dan faedah pekerja.

Pada masa ini, terdapat kira-kira sepuluh pelabur berminat dan menawarkan AS$250 juta, kata Duong kepada cafef.vn.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan harganya melonjak lebih tinggi susulan nilai komersial hotel berkenaan.

Dolce by Wyndham Hanoi Golden Lake ialah hotel bersalut emas pertama di Hanoi dan dirasmikan pada Julai 2020 dengan pelaburan berjumlah AS$100 juta.

Hampir semua reka bentuk luaran dan perabot dalaman hotel itu disaluti emas 24k.

Hotel 24 tingkat itu mempunyai 360 bilik dan menawarkan penginapan sehingga AS$1,000 semalaman. - Bernama