Lelaki Thailand dipenjara dua tahun jual kalendar itik getah

Itik getah kuning yang dianggap memfitnah keluarga diraja Thailand. - AFP
Itik getah kuning yang dianggap memfitnah keluarga diraja Thailand. - AFP
A
A
A

BANGKOK - Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang lelaki kerana menjual kalendar satira yang memaparkan itik getah kuning dan menurut pendakwa memfitnah keluarga diraja.

Kalendar tahun 2021 itu memaparkan beberapa siri itik getah dalam aksi menyerupai raja Thailand seperti mana menurut perintah mahkamah Bangkok.

Menurut Peguam Hak Asasi Manusia Thailand (TLHR), Narathorn Chotmankongsin, 26, pada mulanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada Selasa kerana menjual kalendar itu di laman Facebook popular prodemokrasi Ratsadon.

"Tetapi hukuman itu diringankan kepada dua tahun tanpa parol selepas defendan memberikan keterangan yang berguna semasa pertimbangan hukuman tersebut," kata TLHR, kumpulan undang-undang yang bertindak dalam kes lese majeste.

Patung itik kuning menjadi simbol tidak sengaja semasa protes prodemokrasi 2020 selepas penunjuk perasaan menggunakan mainan itu bagi melindungi daripada gas pemedih mata dan meriam air yang ditembak polis.

Menurut TLHR, penggunaan undang-undang lese majeste di Thailand telah meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan lebih 200 orang didakwa sejak 2020. - AFP