AirAsia batal beberapa penerbangan ke Clark, Filipina

AirAsia
A
A

KUALA LUMPUR - AirAsia akan membatalkan beberapa penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clark susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Pampanga, Filipina sebentar tadi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan syarikat penerbangan tambang murah itu, sebanyak 13 penerbangan yang dijadualkan pada 22 April dan 23 April terpaksa dibatalkan.

Menurutnya, AirAsia telah memaklumkan semua pelanggannya yang terjejas melalui emel dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Pelanggan yang menempah tiket pada tarikh berkenaan dinasihatkan untuk memeriksa emel dan telefon mereka berhubung pembatalan perjalanan ke Clark,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, AirAsia akan memantau situasi di Clark dan akan terus menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini.

“Penerbangan AirAsia ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila beroperasi seperti biasa,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sosial rasmi AirAsia atau menghubungi khidmat bantuan pelanggan syarikat di laman ‘support.airasia.com’.

Memetik laporan Manila Tines, gempa bumi berukuran 6.1 skala richter melanda pulau utama Filipina iaitu Pulau Luzon, sebentar tadi.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi itu menyebabkan sembilan orang dan mengakibatkan kerosakan kepada beberapa bangunan.