Kekuatan UMNO boleh selamatkan PH - Zaid Ibrahim

Zaid selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.
Zaid selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - 'Survival' UMNO masa kini tidak menjadi beban kepada Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekuatan UMNO yang boleh menyelamatkan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, tidak timbul isu beban kepada mana-mana pihak kerana kedua-dua parti itu boleh memanfaatkan satu sama lain.

“Mungkin orang melihat UMNO menjadi beban tetapi pada saya ‘it can work both ways’.

“Kalau dasar yang digubal oleh PH yang menjadi kerajaan sekurang-kurangnya kerajaan dua per tiga daripada kabinet.

“Kadang-kadang keputusan PH pun boleh merugikan UMNO juga, jadi kita kena mengambil pendirian bahawa apa-apa yang boleh memberi kestabilan politik dan pertolongan kepada masyarakat, maka kita kena bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.

Zaid
Zaid

Turut menjadi panel ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan bekas Setiausaha Eksekutif BN, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Zaid berkata, pendekatan positif dalam usaha kestabilan politik serta membangunkan negara perlu menjadi keutamaan terlebih dahulu berbanding menunding jari kepada sesetengah pihak.

“Kalau kita melihat sesuatu itu beban, saya pun boleh ungkit benda lain yang mereka buat sebagai beban tetapi sikap positif, sabar itu kita perlukan, dan sikap kita tengok dulu bagaimana negara boleh menjadi lebih baik dengan pakatan ini.

“Pada saya itu lagi mustahak daripada mencari sebab, salah atau kelemahan. Ini bukan masanya,” ujarnya.