‘KJ khianat, serang parti sendiri ketika PRU’ - Lokman

Lokman selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.
Lokman selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Mana ada orang yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menyerang parti dia sendiri ketika Pilihan Raya Umum (PRU), itu (tindakan) khianat, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu wajar disifatkan sebagai pengkhianat parti dan menjadi punca beliau digugurkan daripada keahlian UMNO.

Selain itu, Lokman turut menyifatkan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahliannya selama enam tahun itu sebagai pengkhianat.

“Ada sesetengah pihak cuba ‘spin’ (pusing cerita) kata Khairy Jamaluddin begitu juga dengan Hishammuddin, mereka kononnya diambil tindakan kerana mereka tidak bersetuju dengan Presiden UMNO, bukan soal itu.

“Memang dia (Khairy) pengkhianat, itu kita tidak nafikan. Mana ada orang yang bertanding atas tiket BN menyerang parti dia sendiri ketika pilihan raya, itu (tindakan) khianat.

“Sama juga kalau nak kata Hishammuddin pengkhianat, saya pun setuju kerana walaupun sudah tandatangan aku janji, dia memberikan mandat kepada ketua parti, sebagai ketua parti dia boleh pilih nak bersama dengan parti mana, ketua parti itu boleh berunding serta buat keputusan bagi pihak 30 ahli Parlimen, dan begitu juga ketua parti boleh pilih siapa yang hendak diangkat menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.

Lokman (kanan) selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.
Lokman (kanan) selaku panelis pada Wacana Sinar siri 387 bertajuk ‘Pemilihan UMNO: Proses Bersihkan Parti?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada malam Selasa.

Turut menjadi panel ialah bekas Setiausaha Eksekutif BN, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Ujar beliau, motif yang dilakukan itu didakwa kerana mahu memastikan supaya jawatan selaku Pengerusi BN berada di pihak mereka.

“Selaku Pengerusi BN, daripada selepas PRU15 sehingga berlakunya PRU16, dia mempunyai kuasa pada bila-bila masa untuk menarik 30 ahli Parlimen BN ini supaya menyokong mana-mana pihak secara ‘end block’,” ujarnya.

Sebelum ini, pembersihan UMNO menyaksikan bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat dari UMNO serta-merta.

Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain termasuk Hishammuddin dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.