10 maut, lebih 100 cedera dalam letupan di Bangladesh

Keadaan selepas letupan berlaku di sebuah bangunan komersial di Dhaka.
Keadaan selepas letupan berlaku di sebuah bangunan komersial di Dhaka.
A
A
A

DHAKA - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah bangunan komersial di Dhaka, Bangladesh pada Selasa, lapor Xinhua.

Pengarah Dhaka Medical College Hospital, Brigadier Jeneral Md Nazmul Haque berkata, lebih 100 orang dirawat di hospital dengan sebahagian daripada mereka berada di unit rawatan rapi.

Sekurang-kurangnya 11 jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Letupan menyebabkan dua bangunan setinggi tujuh tingkat dan lima tingkat yang terletak di kawasan Siddique Bazar mengalami kerosakan.

Kejadian berlaku kira-kira 4.50 petang waktu tempatan.

Punca letupan masih belum dapat dipastikan. - Bernama-Xinhua