United perlu bangkit - Rashford

Rashford berharap rakan sepasukan dapat melupakan kekalahan memalukan United kepada Liverpool. - Foto Agensi.
Rashford berharap rakan sepasukan dapat melupakan kekalahan memalukan United kepada Liverpool. - Foto Agensi.
A
A
A

MANCHESTER United perlu melupakan kekalahan memalukan 0-7 kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

Justeru, penyerang Red Devils, Marcus Rashford menggesa rakan sepasukan kembali bersatu sambil berharap kekalahan itu bukan menjadi penentu nasib mereka pada musim ini.

“Itulah keputusannya dan kita tidak boleh memikirkan masa lalu!

“Kita tidak boleh membiarkan keputusan itu menjadi penentu kedudukan musim ini. Kita perlu mempercayai proses itu dan bersatu,” catat pemain itu di Twitternya.

United menamatkan kemarau trofi enam tahun selepas memenangi Piala Liga minggu lalu.

Gelaran itu melonjak semangat pemain United apabila mula berbicara peluang Red Devils untuk meraih empat trofi musim ini.

Bagaimanapun impian mereka untuk meraih gelaran EPL terbantut susulan malapetaka di Anfield.

Rashford ketika ini terdesak untuk kembali ke padang dan melupakan keputusan tersebut.

“Saya harap kami dapat bermain dan meletakkan perkara dengan betul,” katanya.