Pemilihan UMNO: Ahmad Said tawar diri bertanding jawatan ahli MKT

Ahmad
Ahmad
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengerusi UMNO negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan UMNO kali ini.

Pengumuman untuk bertanding jawatan itu dibuat Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dalam Facebook rasmi beliau pada Jumaat.

"Saya memohon sokongan dan dukungan kepimpinan, para perwakilan UMNO Bahagian serta ahli UMNO di semua peringkat untuk memberi khidmat dan bakti kepada UMNO demi agama, bangsa dan tanah air tercinta," katanya.

Selain jawatan ahli MKT, Ahmad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal juga menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman dalam pemilihan parti.

Persaingan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 bermula selepas tempoh pendaftaran calon ditutup secara rasmi jam 5 petang pada Ahad lalu.