Konvensyen tahunan DAP Johor 2022 ditangguh susulan banjir

Andrew Chen Kah Eng
Andrew Chen Kah Eng
A
A
A

KLUANG - Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2022 yang dijadualkan pada Ahad ini di Muar ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak berikutan banjir di negeri itu yang serius.

Setiausaha DAP Johor, Andrew Chen Kah Eng dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan penangguhan konvensyen itu telah mendapat persetujuan daripada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Pusat.

"Kami meminta semua ahli DAP Johor turun padang dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih runcing untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Johor," katanya.

Setakat 12 tengah hari Jumaat, jumlah mangsa banjir di Johor menurun sedikit kepada 32,719 orang berbanding 33,149 orang pada sebelah pagi.

Banjir yang melanda semua 10 daerah di negeri itu menyaksikan pemindahan 9,253 keluarga ke 218 pusat pemindahan sementara dengan Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas. - Bernama