Sri Pahang benam Kelantan FC

Sri Pahang FC (SPFC) manfaatkan permainan di halaman sendiri apabila menang bergaya 4-1 menentang Kelantan FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Khamis. - Foto Sri Pahang
Sri Pahang FC (SPFC) manfaatkan permainan di halaman sendiri apabila menang bergaya 4-1 menentang Kelantan FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Khamis. - Foto Sri Pahang
A
A
A

SRI Pahang FC (SPFC) manfaatkan permainan di halaman sendiri apabila menang bergaya 4-1 menentang Kelantan FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Khamis.

SPFC tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol apabila sepakan pemain import, KPah Sherman menerjah gawang lawan menewaskan penjaga gol Kelantan Fc, Mohamad Rozaimi Rahamat pada minit ke 12.

Permainan yang nampak seimbang antara kedua-dua pasukan lebih memihak kepada tuan rumah dengan ledakan gol kedua pada minit ke-38 hasil tendangan pemain tengah SPFC, Kevin Langbehn Ingreso.

Rentak permainan SPFC gagal disekat Kelantan FC apabila gawang mereka terus dibolosi pada minit ke 43 jaringan Kapten pasukan Tok Gajah, Sergio Aguero.

Separuh masa pertama ternyata milik pasukan SPFC dengan jaringan empat gol tanpa balas.

Gol keempat SPFC muncul melalui tendangan pemain berjersi 15, Stefano Brundo pada minit terakhir masa tambahan.

Anak buah Fandi Ahmad dan Choi Moon Sik meneruskan asakan pada separuh masa kedua namun tempoh 45 minit itu gagal dimanfaatkan apabila tiada sebarang gol dijaringkan hinggalah minit ke -95 Kelantan Fc memperoleh jaringan tunggal melalui pemain pertahanannya, Miguel Angel Garrido Cifuentes.

Kemenangan SPFC itu adalah yang pertama buat skuad Tok Gajah selepas dua perlawanan manakala Kelantan terpaksa akur kekalahan kedua berturut-turut.