Amaran hujan tahap buruk di Pahang dan Johor - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada jam 11.55 pagi tadi memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga tarikh yang sama di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Terengganu melibatkan daerah Kemaman; Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); manakala Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). - Bernama