Aeril, Wawa bakal timang anak ketiga

Foto: Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Foto: Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal
A
A
A

PELAKON Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya semalam berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga apabila, isterinya, Wawa Zainal kini hamil tiga minggu.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 31, penantiannya selama empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata kertiga, akhirnya menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah.. terima kasih isteri. Setelah empat tahun menanti, jadi ayah lagi. Doakan agar dipermudahkan semuanya,” tulis Aeril sebagai kapsyen gambarnya bersama alat uji kehamilan.

FOTO: Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal
FOTO: Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Dalam masa yang sama, Wawa juga berkongsi perkara yang sama dengan memuatkan naik sebuah video ketika dia membuat kejutan kepada suaminya itu.

“I love u sayamg @aeril_zafrel. Sorry la empat tahun you tunggu,” luah Wawa.

Perkongsian ini ternyata telah menarik perhatian para peminat dan pengikut mereka di laman sosial yang tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah, selain mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Artikel Berkaitan: