Tulang manusia atau tidak, tunggu laporan jabatan kimia, kata polis

Razaruddin (depan, tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu yang baharu antara Zulkepli dan Asisten Superintendan Su Shart Ai Chuan (kiri) yang memangku jawatan itu sebelum ini IPD Pengkalan Hulu di sini, semalam.
Razaruddin (depan, tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu yang baharu antara Zulkepli dan Asisten Superintendan Su Shart Ai Chuan (kiri) yang memangku jawatan itu sebelum ini IPD Pengkalan Hulu di sini, semalam.
A
A
A

GERIK - Keputusan ujian sama ada tulang dan beberapa serpihannya yang ditemukan di Gua Kandu di Gopeng Sabtu lalu milik manusia atau haiwan hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan hingga dua bulan lagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, tulang berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk dianalisis bagi menentukan sama ada ia tulang manusia atau haiwan.

"Jika keputusan analisis itu adalah tulang manusia, kita akan melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi melihat sama ada ia sepadan dengan DNA ibu Mohammad Ashraf atau ahli keluarga lain.

"Apa pun kita perlu tunggu laporan dari Jabatan Kimia yang akan mengambil masa sebulan ke dua bulan lagi dan dalam masa sama kita cuba juga untuk mendapatkan keputusan laporan itu segera," katanya selepas hadir menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu yang baharu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu menggantikan Deputi Superintenden Raduan Mohamad.

Sebelum ini penduduk kampung yang melakukan pencarian ke atas Mohamad Ashraf Hassan, 29, atau dikenali Acap telah menjumpai tulang berkenaan di dalam Gua Kandu kira-kira pukul 1 petang Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kampung cari Acap jumpa tulang

Tulang dengan ukuran panjang 15 ke 20 sentimeter seakan-akan tulang betis bersama beberapa serpihan tulang itu bagaimanapun dipercayai adalah tulang lama.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiga hari, Ashraf belum ditemui

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu.

Operasi mencari lelaki terbabit dilakukan selepas kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis oleh rakannya yang turut sama menyertai perlumbaan lasak itu.