X

Kindly register in order to view this article
!

Sudah tiga hari, Ashraf belum ditemui

Mohammad Ashraf (hadapan) yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail.
A
A

GOPENG - Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang petunjuk baharu dalam usaha mencari seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang, sejak Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yunus Abu berkata, skop pencarian pada hari ketiga operasi, hari ini telah diperluaskan, luar dari kawasan petunjuk sebelum ini.

"Pencarian akan kita mulakan di tempat mangsa bermula hinggalah lokasi terakhir pertandingan ini tamat, mungkin dengan cara itu kita akan temui petanda lain.

"Bagaimanapun untuk hari ini, belum ada sebarang perkembangan, kita juga tidak menemui apa-apa petunjuk baru melainkan botol air milik mangsa," katanya ketika ditemui, hari ini.

Operasi pencarian yang dilakukan anggota bomba di kawasan puncak Bukit Batu Putih
Operasi pencarian yang dilakukan anggota bomba di kawasan puncak Bukit Batu Putih

Beliau berkata, operasi pencarian dibahagikan kepada beberapa sektor termasuklah di kawasan puncak Bukit Batu Putih pada ketinggian 90 meter yang sukar dilalui menggunakan jalan biasa.

"Kita terpaksa gunakan tali untuk memantau kawasan berkenaan kerana keadaannya yang lereng berbatu dan curam, kita tempatkan dua kumpulan di situ," katanya.

Pihaknya juga akan membuat penilaian semula terhadap setiap petunjuk yang diperolehi menerusi perbincangan bersama setiap jabatan yang terlibat dalam operasi berkenaan.

"Petunjuk yang kita dapat daripada peserta larian dan orang awam sama ada dalam bentuk gambar atau maklumat menerusi panggilan terakhir mangsa, semua akan kita nilai semula," katanya.

Sabtu lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.

ARTIKEL BERKAITAN Ahli keluarga yakin Asyraf selamat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus