Kereta api bertembung, korban nahas meningkat kepada 26

Laporan mengenai 16 maut apabila dua kereta api bertembung di Greece pada awal pagi Rabu.
Laporan mengenai 16 maut apabila dua kereta api bertembung di Greece pada awal pagi Rabu.
A
A
A

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 26 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis berkata daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan.

Sebanyak 30 ambulans telah dihantar ke tempat kejadian, katanya. - Bernama