Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Mohd Tahir

Gambar dirakam sekitar tahun 1970-an, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan Allahyarham Mohd Tahir (tengah) ketika melakukan lawatan tapak untuk melihat perkembangan pembinaan Shah Alam. Gambar kredit FB Sahabat Shah Alam.

A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan perutusan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Mohd Tahir Abdul Rahim.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 91 tahun Isnin lalu ialah mantan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang pertama.

Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office memaklumkan, Allahyarham merupakan antara individu penting dalam merealisasikan perancangan awal pembangunan bandaraya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor pada lewat 1960-an.

Menurut kenyataan itu, baginda mengenali Allahyarham sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam bidang pentadbiran dan juga aktif dalam sukan.

Gambar dirakam sekitar tahun 1970-an, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan Allahyarham Mohd Tahir (tengah) ketika melakukan lawatan tapak untuk melihat perkembangan pembinaan Shah Alam. Gambar kredit FB Sahabat Shah Alam.
Gambar dirakam sekitar tahun 1970-an, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan Allahyarham Mohd Tahir (tengah) ketika melakukan lawatan tapak untuk melihat perkembangan pembinaan Shah Alam. Gambar kredit FB Sahabat Shah Alam.

"Di atas jasa bakti dan sumbangannya, Allahyarham telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) pada tahun 1975 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan solihin," menurut kenyataan pada Rabu.