Sultan Johor tak ada pengaruh dalam lantikan Exco baharu

Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemilihan barisan ahli Exco Kerajaan negeri Johor yang baharu dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) Johor dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, tidak mempengaruhi keputusan itu.

“Sultan Johor tidak ada pengaruh,” katanya selepas melancarkan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, berkata barisan exco baharu itu sepatutnya diputuskan oleh PH Johor.

Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu selamat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene hari ini.

Menerusi posting yang dimuatnaik Facebook Royal Press Office (RPO), barisan Exco yang dilantik di bawah kendalian Menteri Besar Johor ke-17, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut menampilkan dua wajah baharu.

Dua wajah terbaharu itu menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan ADUN Skudai, Tan Hong Pin.

ARTIKEL BERKAITAN: Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor angkat sumpah