Pelajar sekolah maut lintas jalan

Keadaan mangsa maut di tempat kejadian ditutupi dengan kain oleh orang ramai sementara menunggu ketibaan polis. Gambar kanan: Keadaan motosikal digunakan mangsa yang terjejas teruk akibat bertembung dengan sebuah kereta di kawasan berhampiran Taman Tasik Kamunting, malam tadi.
Keadaan mangsa maut di tempat kejadian ditutupi dengan kain oleh orang ramai sementara menunggu ketibaan polis. Gambar kanan: Keadaan motosikal digunakan mangsa yang terjejas teruk akibat bertembung dengan sebuah kereta di kawasan berhampiran Taman Tasik Kamunting, malam tadi.
A
A
A

TAIPING - Seorang pelajar sekolah maut setelah motosikal ditunggang terbabas ketika melintasi jalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 6.5 Jalan Taiping-Selama, berhampiran Taman Tasik Kamunting, di sini malam semalam.

Mangsa, Muhammad Nur Irfan Mohd Nordin,16, yang merupakan pelajar Tingkatan empat Sekolah Menengah King Edward, Taiping maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam apabila sebuah kereta dipandu seorang pelajar universiti swasta sedang dalam perjalanan dari Batu Kurau menghala ke Kamunting, manakala mangsa yang menunggang motosikal dari lorong bertentangan.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang maut dikatakan melintasi jalan dari arah kiri ke kanan jalan lalu hilang kawalan dan terbabas.

"Kemudian datang pula kereta dipandu pelajar berkenaan yang memandu di lorong kanan jalan cuba mengelak, lalu terbabas ke lorong bertentangan.

"Pertembungan berlaku sejurus selepas itu dan mangsa penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada media di sini hari ini.

Osman berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: