Sila log masuk terlebih dahulu.

Jadi yatim piatu sekelip mata, 10 ahli keluarga jadi korban

28 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2023

Terlalu awal untuk menceritakan kejadian yang menimpa keluarga kanak-kanak berusia 8 tahun ini yang bernama Waleed Da'bal.

Waleed anak kelahiran Antakya, Turkiye masih ceria seperti kanak-kanak lain, bermain, berlari tanpa henti.

Namun, hakikatnya Waleed bergelar anak yatim piatu selepas 10 ahli keluarganya menjadi mangsa runtuhan dalam insiden gepa bumi yang meragut ribuan nyawa pada awal bulan lalu.

Wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha dalam misi kemanusian anjuran bersama Syria Care dan Task Emergency Medical Service (TEMS) berkesempatan menemui Waleed di Darul Eytam Vakfi.

Muzik: Artlist.co

#BeritaSemasa #Sinarharian