Pasak akar umbi Umno masih utuh

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, gelanggang politik negara digegarkan secara bersiri dan terbaru adalah gegaran di Umno Sabah.
Menurutnya, gegaran tersebut berada pada skala richter yang mampu menumbangkan pancang-pancang utama setiap bahagian Umno namun tidak pada akar umbi parti keramat itu
"Semalam juga telah diumumkan barisan kepimpinan baharu yang akan mengambil alih (kepimpinan Umno Sabah). Biarlah yang pergi dan kecundang di perjuangan ini.
pasti Umno tidak terhutang kepada mereka kerana parti ini telah memberikan segalanya yang mereka miliki sekarang termasuk kerusi yang dilarikan," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, beliau berharap kapal baharu Umno Sabah akan segera belayar dan kukuh di samudera luas bagi menghadapi badai dan gelora yang sedang menanti.
Semalam semua ahli jawatankuasa Umno Sabah termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan 21 ketua bahagian negeri keluar daripada parti itu.
Hajiji dalam sidang media di Kota KInabalu mengumumkan bahawa beliau bersama lima Ahli Parlimen, sembilan Adun dan dua Senator meninggalkan Umno dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.
PRN Melaka: Farzana tawar diri bertanding DUN Klebang
Saman ADUN lantikan: Mahkamah tentukan asas cabaran PH Melaka
PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Oktober
Ahmad Fadhli cadang kerajaan wujudkan pusat penempatan terkawal pelarian
[VIDEO] Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis
Kerabat Diraja Terengganu saman dua bank, tuntut RM1.99 juta selepas wang simpanan 'lesap'
Anggota tentera maut dilanggar lori selepas tercampak dari jejambat
Tiga remaja direnjat elektrik, bendera perarakan terkena kabel pencawang voltan tinggi
