Ketua pengedar dadah kantoi buat pembedahan plastik

Sarahat melakukan pembedahan plastik menjadi lelaki Korea. - Agensi
Sarahat melakukan pembedahan plastik menjadi lelaki Korea. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Polis Thailand yang menahan seorang 'lelaki Korea kacak' di Bangkok yang sebenarnya ketua pengedar dadah selepas dia melakukan pembedahan plastik bagi mengelakkan didakwa, lapor Thaiger

Suspek dikenali 'Jimin Cheong' atau nama sebenarnya Sarahat Sawangjaeng berusia 25 tahun telah ditahan di sebuah kondominium di daerah Bang Na selepas Mahkamah Jenayah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 2 Disember tahun lalu.

Sarahat mengaku mengimport sejumlah besar dadah jenis Methyl​enedioxy​methamphetamine (MDMA) dari negara-negara Eropah ke Thailand dengan memesannya melalui laman 'web gelap' dan membayarnya dengan mata wang Bitcoin sebelum menjual kepada pelanggan di Bangkok dan kawasan berdekatan.

Polis berkata, pengedar dadah itu sentiasa melakukan pembedahan plastik selama bertahun untuk mengelak ditahan polis atau didakwa.

Namun, pada 11 November lalu, pegawai kastam Thailand menemui 2,575 gram MDMA dan pil ekstasi dalam bungkusan dibawa masuk.

Kemudian, polis berjaya mengesannya selepas menyamar menjadi keldai dadah untuk Sarahat di Bangkok sehingga membawa kepada penangkapannya di kondominium tersebut. - Agensi