Polis Jakarta rampas syabu RM121 juta punya kaitan Malaysia

Polis Indonesia berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas penahanan enam lelaki tempatan. - Foto polis Indonesia
Polis Indonesia berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas penahanan enam lelaki tempatan. - Foto polis Indonesia
A
A
A

JAKARTA - Polis Jakarta Barat menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Malaysia selepas penahanan enam lelaki tempatan.

Ketuanya, Pasma Royce dalam satu kenyataan berkata, pihak polis berjaya merampas 227 kilogram (kg) syabu bernilai kira-kira RM121 juta dalam empat serbuan berasingan di Tangerang, Riau, Medan dan Aceh.

Kesemua suspek disiasat di bawah Akta dadah berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pasma berkata, penahanan itu dilakukan selepas bukti ditemui dan rangkaian penghantaran terbongkar di kawasan Cengkareng, Jakarta Barat.

Dadah yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari Malaysia menggunakan jalan laut.

Sementara itu, di Malaysia, polis Perlis pada Khamis menggagalkan cubaan sindiket dadah menyeludup 1.8 tan syabu menggunakan lori tunda bagi menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan terlarang itu. - Bernama