Kerajaan tingkat penyediaan pembiayaan Islam

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti akan terus memberi penekanan dalam meningkatkan penyediaan pembiayaan Islam berteraskan ekuiti dengan konsep perkongsian risiko seperti Mudarabah dan Musyarakah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor kewangan Islam masih belum mencapai keupayaan penuh berasaskan nilai bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial semasa.

Justeru, kebijakan baharu diperlukan dalam meningkatkan keupayaan sistem kewangannya dengan menekankan prinsip pemacuan pertumbuhan, penyertaan yang lebih meluas dan pengagihan kekayaan yang adil serta tidak hanya tertumpu kepada keuntungan syarikat dan konglomerat.

“BNM juga memperkenalkan Climate Risk Management and Scenario Analysis, Towards A Greener Financial System and Financial Inclusion Framework 2023-2026. Di peringkat global, the General Council for Islamic Banks and Financial Institutions turut telah mengeluarkan Sustainability Guide for Islamic Financial Institutions," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah beliau, langkah tersebut dibuat memandangkan ekosistem kewangan Islam ketika ini masih belum menepati idealisme pelopor kewangan Islam seperti Profesor Dr Muhammad Nejatullah Siddiqi yang menekankan konsep keadilan dan moral yang selari dengan maqasid syariah.

..........................................................................................................................................................

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Pengurusan Risiko Iklim dan Analisis Senario, Ke Arah Sistem Kewangan yang Lebih Hijau dan Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023-2026, bagi meningkatkan penyediaan pembiayaan Islam.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di peringkat global, Majlis Am bagi Bank Islam dan Institusi Kewangan turut mengeluarkan Panduan Kelestarian Institusi Kewangan Islam.

Ujarnya, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti akan terus memberi penekanan itu khususnya berteraskan ekuiti dengan konsep perkongsian risiko seperti Mudarabah dan Musyarakah.

Beliau juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar memaklumkan bermula 2024, aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diasingkan sepenuhnya.

Katanya, ia bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.

Sebelum ini, simpanan syariah KWSP telah diperkenalkan sejak 2017, buat masa itu, aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.