Kerajaan perkenal cukai barangan mewah

Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini. - Gambar hiasan
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah yang merangkumi jam tangan dan barangan bernilai tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan akan mengkaji bagi memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bag pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.

“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah.

“Selaras amalan terbaik antarabangsa, kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.

“Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia di Dewan Rakyat pada Jumaat.