'United mampu tewaskan semua pasukan'

Erik ten Hag. - Foto AFP
Erik ten Hag. - Foto AFP
A
A
A

ERIK ten Hag percaya Manchester United mampu menewaskan sesiapa sahaja selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Barcelona dalam aksi Liga Europa di Old Trafford pada Jumaat.

United kekal dalam pemburuan empat trofi musim ini selepas memperoleh kemenangan 2-1 dalam perlawanan kedua playoff Liga Europa untuk menyingkirkan pasukan Sepanyol itu dengan agregat 4-3.

"Anda memerlukan strategi untuk membina perlawanan tetapi anda juga memerlukan keputusan untuk mendapatkan kepercayaan yang kukuh.

"Ini adalah satu lagi langkah kerana apabila anda boleh menewaskan Barcelona iaitu salah satu pasukan terbaik pada masa ini di Eropah, kepercayaan anda boleh menjadi sangat kuat kerana anda mampu menewaskan sesiapa sahaja.

"Ia adalah malam yang mengagumkan. Saya fikir ia adalah cemerlang apabila anda boleh menewaskan Barcelona yang berada ​​lapan mata di hadapan Real Madrid dalam La Liga.

"Kami telah melihat minggu ini Real Madrid bermain (menentang Liverpool). Kami melakukan persembahan yang hebat," katanya.

Ia bukan kali pertama musim ini United bangkit daripada ketinggalan dalam perlawanan besar di laman sendiri, setelah menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2-1 bulan lalu.

“Kami mempunyai personaliti yang hebat dalam pasukan ini, bermula dengan David (De Gea), Rapha (Varane), Licha (Martinez), Casemiro, Bruno (Fernandes),” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!