Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa Maluku Utara

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud melanda wilayah timur Maluku Utara, Indonesia pada pagi Jumaat.
Gempa bumi kuat 6.8 magnitud melanda wilayah timur Maluku Utara, Indonesia pada pagi Jumaat.
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi kuat 6.8 magnitud melanda wilayah timur Maluku Utara, Indonesia pada pagi Jumaat.

Gempa pada jam 3.02 pagi waktu tempatan itu dikesan berpusat di 133 km barat laut daerah Pulau Morotai pada kedalaman 112 km di dasar laut.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Indonesia.

Gempa bagaimanapun dilapor tidak mencetuskan tsunami.

Tiada kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur atau kecederaan dilaporkan akibat gempa setakat ini, kata pihak berkuasa.

“Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa selepas gempa bumi itu,” kata jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara Abdul Muhari kepada Xinhua menerusi telefon.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai merasai gegaran itu, tetapi mereka tidak panik,” kata ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara, Yusri A Kasim.

Indonesia terletak di zon yang terdedah kepada gempa bumi yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik. - Awani