BAT Malaysia diiktiraf majikan terbaik kali keenam

BAT Malaysia menerima anugerah Majikan Terbaik di Malaysia oleh Top Employers Institute.
BAT Malaysia menerima anugerah Majikan Terbaik di Malaysia oleh Top Employers Institute.
A
A
A

SHAH ALAM - British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia bagi tahun keenam berturut-turut oleh Top Employers Institute.

BAT Malaysia turut menerima anugerah Majikan Terbaik di Asia Pasifik selain merupakan salah satu daripada 15 Majikan Terbaik Global yang diiktiraf di seluruh dunia oleh Top Employers Institute.

Kumpulan berkenaan dipilih berdasarkan strategi cemerlang dan amalan kakitangan di samping konsistensi serta komitmennya dalam memperkayakan dunia pekerjaan pada skala global.

Dalam pada itu, Pengarah Sumber Manusianya, Adrita Datta melahirkan rasa bangga dengan pengiktirafan terhadap persekitaran kerja di syarikat berkenaan dengan memberi peluang kepada warga kerja untuk berkembang sekali gus membuktikan ia sebagai tempat kerja yang inklusif dan pelbagai.

"Asas kekuatan kami adalah fokus untuk memacu prestasi tinggi, membangunkan generasi pemimpin seterusnya selain menghargai kepelbagaian pekerja dan mewujudkan budaya yang menarik di mana individu dan pasukan boleh berjaya.

"Kami kekal komited untuk menyediakan peluang pekerja yang bermakna bagi kakitangan kami selain mempercepatkan keupayaan baharu untuk menyokong tagline kami iaitu 'A Better Tomorrow'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

BAT Malaysia merupakan syarikat tembakau terkemuka di Malaysia dan anak syarikat BAT Group yang memacu tujuan korporatnya untuk membina 'A Better Tomorrow' dengan mengurangkan kesan kesihatan perniagaan melalui portfolio berbilang kategori.

Top Employers Institute ialah pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan manusia.