realme 10 umpama raja peranti jadi telefon pintar nombor 1 terlaris

No Image Caption
A
A
A

Pada 13 Februari lalu, realme Malaysia melancarkan realme 10 selepas lebih 3 minggu mereka melancarkan dua lagi siri iaitu realme 10 Pro dan realme 10 Pro+. Peranti berteknologi tinggi ini dijual pada harga bawah RM1,000 dan dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan.

Dengan tawaran harga RM999 untuk pra pesanan, realme 10 mendapat sambutan menakjubkan menjadi telefon pintar nombor satu terlaris jualannya.

No Image Caption

realme 10 Pro menjadi jenama telefon pintar paling laris pada Januari dan manakala realme 10 yang baru dilancar ini pula menduduki ranking nombor 1 di platform Lazada. Mana tidaknya dengan jaminan penggunaan teknologi terkini tapi dengan harga mampu milik pastinya mempesonakan ramai pembeli.

realme 10 mempunyai skrin AMOLED Full HD 6.4-inci yang dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Paparannya ini juga mempunyai kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar nisbah kontras 4,000,000:1.

Ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G99 yang dipadankan RAM 8GB yang boleh diperluaskan secara maya menerusi ciri Dynamic Ram Expansion (DRE). Ia adalah prestasi yang menakjubkan bagi sebuah peranti yang berharga bawah RM1,000. Malah anda juga dapat menikmati permainan video dan juga filem dengan lebih menarik.

No Image Caption

Begitu juga dengan storan yang ditawarkan agak besar dengan kapasiti 8+8GB+256GB: mampu digunakan untuk 18 aplikasi pada satu-satu masa. Ini bermakna anda boleh menonton Youtube, Facebook, Instagram dan bermain permainan video serentak.

Aspirasi dan nilai tambah dalam setiap jenama dan Siri realme

Siri peranti pintar realme sudah mencapai 50 juta penghantaran ke seluruh dunia pada tahun 2022 dan rekod itu wujud kerana jenama realme sentiasa konsisten berpegang kepada falsafahnya dalam rangkaian telefon pintar sepanjang tahun.

No Image Caption

Setiap pengenalan kepada Siri baharu realme sentiasa mendahului dengan teknologi ‘Dare To Leap’ dan mengukuhkan menara portfolio produk jenama dengan setiap pelancaran. Siri itu juga terus memperkasakan golongan muda dengan peluang untuk mengalami teknologi moden terkini yang tersedia dalam segmen harganya.

realme masuk kampus dengan Walk into University

realme memiliki visi untuk memperkasakan belia dan memberikan inspirasi kepada mereka supaya berani membuat perubahan selari dengan slogan "Dare To Leap" realme. Oleh itu, tahun ini realme menggerakkan kempen Walk into University bagi memberi sokongan dan peluang kepada belia hari ini untuk menunjukkan bakat mereka. Terdapat tiga pelan utama yang akan digunakan oleh realme pada projek realme berkenaan.

Pertama; Biasiswa SEGi realme di mana realme berjanji untuk memberikan sokongan kepada pelajar SEGi melalui pemberian biasiswa supaya mereka bersama-sama menyokong aspirasi realme ‘Dare To Leap’. realme akan menaja sejumlah RM150,000.00 untuk program biasiswa sebagai ganjaran kepada bakat belia tersebut. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang relevan dengan industri bagi memenuhi tuntutan profesion.

No Image Caption

Seterusnya ialah pengambilan bakat pasukan realme. Jenama telefon pintar terulung itu sentiasa terbuka untuk mencungkil, mengetengahkan dan memperkembangkan lagi bakat belia serta seterusnya menyertai keluarga besar realme. Tanpa ragu ragu lagi, realme menjanjikan persekitaran yang menyeronokkan, menarik dan pasukan sokongan untuk menginspirasikan bakat golongan pelajar ini.

realme amat mengalu-alukan dan berkongsi kegembiraan bersama pelajar yang memiliki bakat besar tidak kira dalam bentuk sesi latihan mahupun tawaran jawatan sepenuh masa. Justeru itu, bagi merealisasikan segera impian itu, realme merancang untuk menjalankan pengambilan universiti pada Mei dan Jun.

Dan yang terakhir ialah Tawaran Khas Pelajar Universiti realme. Dalam generasi yang bergerak pantas ini, produk 3C mungkin banyak membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan cara yang lebih cekap.

Oleh itu, untuk menunjukkan sokongan kepada belia, realme memutuskan untuk menyediakan promosi istimewa dan pelan ansuran 0 peratus faedah untuk pelajar universiti memiliki produk realme yang ideal untuk mereka. Selepas melaksanakan tiga rancangan utama untuk Projek Walk In University, realme percaya bahawa mereka akhirnya telah membawa kepada inovasi dan kemajuan dalam dunia moden hari ini.