Pemandu maut tercampak dari lori tangki

Keadaan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki yang terbabas di laluan lebuh raya arah utara dekat Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bomba Perak
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki yang terbabas di laluan lebuh raya arah utara dekat Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bomba Perak
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang pemandu lori maut selepas tercampak dari kenderaan dipandunya dalam nahas di Kilometer 254.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Mohd Asuat Azmi berusia lingkungan 26 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Syed Azrul Hizam Syed Abdul Aziz berkata, panggilan kecemasan nahas itu diterima pada jam 3.15 pagi membabitkan sebuah lori tangki muatan simen.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, kemalangan dipercayai berlaku akibat hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.13 pagi.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada jam 7 pagi memberitahu, lorong kiri laluan terbabit masih ditutup, namun aliran trafik lancar.