PSM mahu kembali ke pangkuan Istaf

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menghantar permohonan untuk menyertai semula Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dalam minggu ini.
Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, badan induk sepak takraw itu sedang dalam proses mengumpul beberapa dokumen yang diperlukan badan induk sepak takraw antarabangsa tersebut.
“Ya, PSM sedia maklum mengenai keahlian dalam Istaf untuk membolehkan badan induk ini kembali ke peringkat antarabangsa.
“Jaminan saya, PSM kini dalam proses menyelesaikan isu dokumentasi yang dikehendaki seperti dalam proses permohonan.