MR D.I.Y tawar diskaun 30 peratus peralatan sekolah

Antara barangan keperluan persekolahan yang ditawarkan dengan harga berpatutan di cawangan MR D.I.Y.
Antara barangan keperluan persekolahan yang ditawarkan dengan harga berpatutan di cawangan MR D.I.Y.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus melibatkan pelbagai barangan keperluan sekolah untuk membantu meringankan bebanan ibu bapa yang kini berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang tinggi.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, MR D.I.Y melaksanakan inisiatif itu bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2022 untuk membantu pelanggannya membuat persediaan menghadapi tahun baharu persekolahan yang akan bermula pada 20 Mac 2023.

Menurutnya, MR D.I.Y menawarkan banyak barangan berkaitan persekolahan dengan harga berpatutan termasuklah pakaian sekolah, alat tulis, set bekal makanan ke sekolah, peralatan perlindungan diri dan peralatan sukan di cawangannya.

“MR D.I.Y mengukuhkan kerjasama dengan pengeluar sekali gus membolehkan kami menawarkan barangan keperluan sekolah ini sambil memenuhi janji 'Always Low Prices',” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, antara barangan keperluan sekolah yang terlibat ialah kasut sekolah warna hitam pada harga RM10.90 sepasang, stokin pada harga RM2.10 sepasang, pensel warna berjenama pada harga RM8.30, beg membeli-belah pada harga RM6.90.

"Kanak-kanak juga akan menyukai rangkaian botol air Botella dalam pelbagai warna dengan harga bermula daripada RM11.90.

"Selain itu MR. DOLLAR juga turut menawarkan snek untuk ke sekolah pada harga yang berpatutan," katanya.