Gempa bumi kuat gegar wilayah Fars, Iran

No Image Caption
A
A
A

ANKARA - Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda wilayah Fars di tenggara Iran pada Selasa.

Gempa bumi itu berpusat di kampung Dorz, lapor Agensi Anadolu, memetik Pusat Seismologi Iran dan gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini. - Bernama