Agong tepuk dahi kena 'prank'

Gambar kiri: Tangkap layar video Al-Sultan Abdullah berswafoto bersama pemuda yang 'prank' Seri Paduka Baginda secara tidak sengaja dengan gaya rambutnya. Gambar kanan: Al-Sultan Abdullah menepuk dahi selepas terkena 'prank' seorang pemuda berambut ala Naruto.
Gambar kiri: Tangkap layar video Al-Sultan Abdullah berswafoto bersama pemuda yang 'prank' Seri Paduka Baginda secara tidak sengaja dengan gaya rambutnya. Gambar kanan: Al-Sultan Abdullah menepuk dahi selepas terkena 'prank' seorang pemuda berambut ala Naruto.
A
A
A

KUANTAN - Pengguna aplikasi Tik Tok terhibur dengan sebuah video aksi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kena 'prank' seorang pemuda berambut ala watak animasi Naruto dipercayai berlaku sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Pulau Tioman.

Melalui video tular itu, Seri Paduka Baginda awalnya sedang beramah mesra dengan orang ramai sebelum perhatiannya teralih kepada gaya rambut lelaki tersebut yang turut berada di situ.

Al-Sultan Abdullah sempat bergurau dengan lelaki itu sebelum menghulurkan satu sampul.

"Ini untuk awak, colour balik rambut," titah Seri Paduka Baginda dalam nada gurauan.

Aksi spontan Seri Paduka Baginda dan lelaki tersebut menarik perhatian orang ramai hingga mereka tergelak menyaksikannya.

Rahsia rambut lelaki itu terdedah ketika dia tampil untuk berswafoto dengan Yang di-Pertuan Agong.

Lelaki itu dilihat membuka rambutnya yang sebenarnya topi rambut palsu hingga Seri Paduka Baginda sendiri menepuk dahi.

"Rambut betul ke? La, topi saya kena tipu," titah baginda sambil ketawa bersama-sama orang ramai.

Aksi mencuit hati itu mendapat pelbagai respons positif netizen yang memuji keperibadian Seri Paduka Baginda sebagai sangat dengan rakyat.