Pelancong Australia maut diserang jerung

Seorang pelancong Australia maut selepas diserang seekor jerung di New Caledonia, di Pasifik Selatan. - Foto hiasan 123RF
Seorang pelancong Australia maut selepas diserang seekor jerung di New Caledonia, di Pasifik Selatan. - Foto hiasan 123RF
A
A
A

BANGKOK - Seorang pelancong Australia maut selepas diserang seekor jerung di wilayah Pasifik Perancis, New Caledonia, di Pasifik Selatan.

Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lelaki itu berenang kira-kira 150 meter dari pantai di Noumea, lapor dpa memetik laporan penyiar tempatan 1ère Nouvelle Calédonie.

Dua anggota penyelamat berjaya membawa mangsa ke darat namun usaha untuk menyelamatkannya gagal akibat kecederaan parah di kaki mangsa.

Susulan insiden itu, Datuk Bandar Sonia Lagarde mengarahkan penutupan semua pantai di dalam dan sekitar Noumea sehingga diberitahu kelak, menurut satu kenyataan pada Isnin.

Dron turut digunakan untuk mengesan jerung itu.

Jenis jerung yang menyerang lelaki itu belum dikenal pasti.

New Caledonia terletak kira-kira 1,200 kilometer ke timur Australia. - Bernama