30 pasukan berentap rebut Piala Presiden, Piala Belia 2023

No Image Caption
A
A
A

SEJUMLAH 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula Mac ini.

Menerusi majlis undian bagi kedua-dua kejohanan bola sepak kategori remaja itu yang berlangsung pada Ahad, 17 daripada 30 pasukan akan bersaing dalam Piala Presiden yang dijadual bermula dengan perlawanan peringkat kumpulan pada 16 Mac.

Sementara itu bagi Piala Belia, sejumlah 13 pasukan akan memulakan saingan peringkat kumpulan pada 17 Mac.

Pasukan-pasukan yang bertanding ini diasingkan ke dalam empat zon bagi Piala Presiden dan tiga zon bagi Piala Belia mengikut mekanisme undian ditetapkan.

Majlis undian selepas Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023 itu turut dihadiri Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM Md Dali Wahid. - Bernama

Berikut merupakan keputusan undian bagi saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023:

Piala Presiden

-------------------

Zon A Zon B Zon C Zon D

Sri Pahang FC Penang FC Sabah FC Melaka FA

Pulau Pinang FA Kelantan FC KL City FC Kuching City

Kelantan United FC Perak FC III Negeri Sembilan FC JDT III

Kedah Darul Aman FC C AMD B-17 Selangor FC B-20 PDRM FC

Terengganu FC III



Piala Belia:

---------------

Zon A Zon B Zon C

Sri Pahang FC SSTMI Sabah FC

Kedah Darul Aman FC D Kelantan FA Selangor FC B-18

AMD B-16 Pulau Pinang FA JDT IV

Penang FC Terengganu FC IV KL City FC

Melaka FA