Atsu dikenang seorang pemain baik

Atsu - Foto Agensi
Atsu - Foto Agensi
A
A
A

KEMATIAN bekas pemain Newcastle, Christian Atsu yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria disifatkan sebagai satu kehilangan besar oleh bekas pengurusnya.

Penemuan Atsu diumum di Twitter oleh ejennya Nana Sechere yang berkata, mayat pemain itu ditemui 12 hari selepas bencana tersebut yang telah meragut lebih 40,000 nyawa.

Bekas pengurus Newcastle, Rafael Benitez, yang menghabiskan masa lebih tiga tahun di St James’ Park dari 2016 sehingga 2019, berkata dia telah berhubung dengan bekas pemainnya bulan lalu.

“Saya berhubung dengannya bulan lalu. Kami berkongsi beberapa mesej - sangat sukar untuk saya nyatakannya.

“Kita perlu mengingati Kristian (Atsu). Sangat sedih. Ia sangat menyedihkan kerana dia seorang yang baik.

"Seorang yang istimewa dan semua orang sentiasa mengingatinya. Anda boleh melihat gambar-gambarnya, sentiasa dengan senyuman," ujar Benitez.

Dalam pada itu, bos Newcastle Eddie Howe berkata, sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di halaman sendiri menentang Liverpool pada Ahad, fikiran dan doanya adalah bersama Atsu.

"Kami menganggapnya sebagai tragedi. Memberikan dia fikiran kami dan doa kami dan kepada keluarganya juga. Kami mahu menyokong mereka pada masa ini.”

Atsu menghabiskan hampir lima tahun di Newcastle selepas menyertai Chelsea secara pinjaman pada 2016.

Bekas rakan sepasukannya, Allan Saint-Maximin menyifatkan dia sebagai seorang yang hebat.

“Sukar untuk dijelaskan. Saya tidak berbohong, saya tidak pernah melihat lelaki seperti itu sebelum ini apabila saya tiba di Newcastle.

“Walaupun kami bermain dalam posisi yang sama, dia sentiasa memberi saya nasihat. Dia seorang lelaki yang hebat. Amat menyedihkan kerana saya mengenalinya," ujarnya.

Atsu adalah pemain antarabangsa Ghana yang berusia 31 tahun merupakan pemain kelab Super Liga Turki, Hatayspor.