Lebih 1,000 sertai majlis memperingati Israk dan Mikraj

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (empat dari kanan) berkenan mendengar ceramah khas Israk Mikraj yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Azhar Muhammad. - Foto Bernama

A
A
A
KOTA BHARU - Lebih 1,000 orang menyertai Majlis Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini malam Jumaat.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Ketibaan baginda pada jam 7.15 malam itu disambut Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan exco negeri.

Baginda kemudian berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Baginda turut meluangkan masa mendengar ceramah peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan Prof Madya Dr Azhar Muhammad dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok. - Bernama