Kerajaan tidak pernah bincang kurangkan bilangan penjawat awam

 Fahmi Fadzil - Foto Bernama
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rancangan atau perbincangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata, kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini.

"Berita 757 oleh Awesome TV siarkan kononnya ada cadangan daripada ‘pemerhati’ untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

"Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.

"Oleh itu, saya meminta Berita 757 untuk memberi penjelasan tentang idea dan cadangan mengarut ini,” katanya dalam hantaran di Twitter pada Jumaat. - Bernama