Enam maut, 28 cedera dalam kebakaran bangunan di China

No Image Caption
A
A
A

NANJING - Enam maut manakala 28 lagi cedera dalam kebakaran bangunan di wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Kebakaran berlaku kira-kira 6.07 pagi di Perbandaran Weitang Daerah Xiangcheng di bandar Suzhou dan api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Mangsa yang cedera termasuk dua parah telah dihantar ke hospital.

Siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran sedang dijalankan. - Bernama