11 kompaun premis kotor

Premis makanan yang gagal menjga kebersihan dikenakan kompaun.
Premis makanan yang gagal menjga kebersihan dikenakan kompaun.
A
A
A
KUALA SELANGOR – Kotor dan menjijikan. Begitulah keadaan premis makanan di sekitar Pekan Lama Kuala Selangor dan Puncak Alam yang dikenakan 11 kompaun dalam satu operasi kebersihan makanan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat menegaskan, pengusaha premis terbabit dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan di bawah Undang -Undang Kecil Pengendali Makanan (MDKS) 2007.

Menurutnya, kesalahan yang dikenal pasti adalah gagal membuktikan suntikan anti-Typhoid (TY2), tiada sijil pengendali makanan dan ruang penyediaan makanan yang kotor.

“Premis makanan yang kotor mengundang risiko keracunan makanan dan amat berbahaya kerana boleh meragut nyawa. Penyediaan makanan yang tidak bersih boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti demam tifoid dan kolera.

“MDKS sentiasa mengingatkan semua premis makanan supaya sentiasa memastikan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya kepada Sinar Harian.
Artikel Berkaitan: